SELAMAT DATANG KE PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) FELDA JENGKA 21
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
OBJEKTIF PENUBUHAN :
- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet
- Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Malaysia.
- Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
- Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
PEDi Felda Jengka 21 menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan adalah :
- Pengenalan asas komputer
- Asas internet
- Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
- Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
- Latihan keusahawanan
- E-learning
JUMLAH KEAHLIAN :
Seramai 981 orang penduduk Felda Jengka 21 telah mendaftar sebagai ahli di Pusat Ekonomi Digital Felda Jengka 21. Jumlah ini merangkumi penduduk yg mendaftar diri sebagai ahli sejak dari PEDi ini dibuka sehingga Julai 2023. Terima Kasih diucapkan kepada ahli-ahli yang telah berdaftar.
KENALI PETUGAS PIM :
Untuk menjadi petugas PEDi, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas PEDi untuk menanggung segala tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami
PENGURUS
Nama : Mohd Badrul Hisham Bin Abu
Mula berkhidmat : 12 Mei 2016
PENOLONG PENGURUS
Nama : Nor Linda Binti Md Husni
Mula berkhidmat : 04 Januari 2016
