Program Pusat Internet Malaysia bersama Tupperware Brands.
|
Tarikh : 11 Februari 2018 Masa : 9 Pagi – 2 Petang Lokasi : PiM Felda Jengka 21 Peserta : 60 orang |
Tujuan
Program ini dihadiri oleh 60 orang terdiri daripada pelbagai golongan terutamanya kaum wanita. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menarik minat komuniti dalam bidang keusahawanan yang dianjurkan oleh Tupperware Malaysia.Para pengunjung dapat mengetahui peluang-peluang perniagaan yang disediakan oleh Tupperware Malaysia.
Aktiviti
Para peserta diberikan pendedahan mengenai peluang perniagaan yang dapat diceburi disamping mencari pendapatan sampingan sebagai suri rumah. Turut diadakan aktiviti mari memasak bagi menarik minat kaum wanita. Antara aktiviti yang turut diadakan ialah tayangan video klik dengan bijak, pertandingan Kahoot dan My Health. Cenderahati turut disediakan untuk para peserta.