Program Pusat Internet Malaysia bersama Tupperware Brands.

Laporan Aktiviti | 13 March 2018

Tarikh        :  11 Februari 2018

Masa          :  9 Pagi – 2 Petang

Lokasi        :  PiM Felda Jengka 21

Peserta      :  60 orang

 

Tujuan

Program ini dihadiri oleh 60 orang terdiri daripada pelbagai golongan terutamanya kaum wanita. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menarik minat komuniti dalam bidang keusahawanan  yang dianjurkan oleh Tupperware Malaysia.Para pengunjung dapat mengetahui peluang-peluang perniagaan yang disediakan oleh Tupperware Malaysia.

Aktiviti

Para peserta diberikan pendedahan mengenai peluang perniagaan yang dapat diceburi disamping mencari pendapatan sampingan sebagai suri rumah. Turut diadakan aktiviti mari memasak bagi menarik minat kaum wanita. Antara aktiviti yang turut diadakan ialah tayangan video klik dengan bijak, pertandingan Kahoot dan My Health. Cenderahati turut disediakan untuk para peserta.

Gambar di sini.