mcmc
Kisah Kejayaan

PELAJAR CELIK IT

Nurhaseena Arissa

Arissa merupakan pelajar prasekolah Sekolah Kebangsaan Jengka 21. Beliau merupakan kanak-kanak dan pelajar yang aktif melibatkan diri dalam kelas dan aktiviti sekolah serta PiM. Beliau juga turut menyertai pertandingan yang diadakan semasa Hari Perasmian PiM Felda Jengka 21.

Selepas menghadiri kelas ICT yang dianjurkan oleh PiM Felda Jengka 21, Arissa dapat mempelajari cara-cara menggunakan komputer dan menggunakan internet untuk mencari pelbagai permainan pendidikan. Beliau juga sering melibatkan diri dalam acara kuiz secara atas talian yang selalu dianjurkan oleh PiM.

 

 

Muhammad Amir Amirun

Muhammad Amir Amirun bin Mohammad Alimi merupakan pelajar darjah 5 dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Felda Jengka 21. Amir merupakan pengawas pusat sumber di sekolah tersebut. Amir mula  mendaftar diri di PiM Felda jengka 21 pada Julai 2016 iaitu pada mula PiM ini dibuka. Beliau banyak menghadiri kelas dan aktiviti yang dianjurkan oleh  PiM ini.

Selepas menghadiri kelas ICT yang dianjurkan oleh PiM Felda Jengka 21, Amir dapat mempelajari cara-cara menggunakan computer dan menggunakan internet untuk mencari maklumat. Amir juga sering mengulangkaji pelajaran dengan menjawab soalan-soalan matapelajaran secara dalam talian.