mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI MAHIR MENJAHIT 2025

Seramai 7 orang peserta wanita telah mendaftar sebagai Ahli NADI dan mendaftar untuk menyertai program mahir menjahit yang dijalankan setiap minggu di NADI Felda Jengka 21. Program ini banyak membantu peserta tentang cara-cara menjahit dan peserta berpeluang menggunakan peralatan menjahit yang disediakan di NADI Felda Jengka 21. Peserta telah memberi maklum balas yang positif sepanjang menjalani program ini dan berterima kasih kerana menyediakan program ini secara percuma kepada komuniti setempat.