
Permainan dalam talian menghubungkan para pemain dari serata dunia untuk bermain dan berkawan.
Meskipun bermain dalam talian boleh memuaskan semangat daya saing pemain, terdapat langkah-langkah yang boleh diambil bagi memastikan keseronokan bermain.
- Kawal perbelanjaan anda. Permainan dalam talian menawarkan wang permainan yang boleh dibeli dengan wang sebenar bagi membantu pemain mara lebih cepat atau mengakses ciri premium.
- Elakkan sumber yang meragukan atau tidak boleh dipercayai. Mengklik pautan yang tidak dikenali atau memuat turun perengkah permainan (gaming cracks) boleh menyebabkan perisian hasad dimuat turun ke dalam peranti anda. Jika ia diaktifkan, penggodam boleh mengintip anda, mencuri data sensitif dan mengawal peranti anda untuk dijadikan ‘botnet’.
- Pengurusan masa. Umumnya, kita bermain untuk berehat dan menghiburkan diri; secara tidak langsung melarikan diri dari realiti. Uruskan masa bermain agar anda masih boleh berehat tanpa mengganggu produktiviti kehidupan anda.
- Pelajari cara untuk melindungi diri anda. Bukan semua pemain dalam talian bermain secara baik. Pastinya ada pembuli atau yang mengganggu di kalangan mereka. Kita mesti tahu cara untuk mengabaikan dan menyekat pemain yang tidak beradab, dan laporkan mereka kepada pentadbir permainan untuk mengelakkan mereka mengganggu orang lain.
- Keselamatan privasi dalam talian harus dijaga. Jangan sekali-kali mencipta nama pemain yang menggunakan nama sebenar, umur, dan alamat rumah anda bagi sebarang permainan. Penjenayah boleh menggunakan maklumat ini untuk menggodam serta mencuri akses ke akaun anda menyebabkan anda kehilangan akses kepada akaun tersebut.