KISAH KEJAYAAN CELIK IT

Kisah Kejayaan | 11 June 2026

Nama : Muhammad Aqil Hazim bin Mohd Zaidi

Umur : 13 Tahun

Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Jengka 21

Latar Belakang

Muhammad Aqil Hazim merupakan anak sulong daripada 3 adik beradik. Beliau mula mendaftar sebagai ahli Nadi sejak berumur 8 tahun. Beliau telah banyak menghadiri program dan kelas-kelas yang diadakan di NADI sejak dari mula NADI dibuka. Sehingga kini Beliau aktif melibatkan diri dalam kelas-kelas yang dianjurkan oleh NADI seperti Dilea, Kempen Internet Selamat, Tiny-Techies, E-Sukan dan Cybersecurity.

Sejak menghadiri kelas Dilea di NADI, Beliau juga menunjukkan peningkatan yang ketara dalam prestasi pembelajaran di sekolah. Beliau juga telah berjaya mengajak rakan-rakan seperjuangan untuk turut mendaftarkan diri dalam kelas Dilea di NADI. Kini Beliau kerap menghadiri NADI dalam 5 hari seminggu untuk menyertai kelas-kelas yang dijalankan di NADI. Semoga Aqil Hazim menjadi contoh teladan yang baik buat rakan sebaya beliau dan terus maju jaya di masa depan.