mcmc
Maklumat Am

DORONG SIKAP POSITIF

Nak buat benda yang positif ‘n produktif ni senang aje. ​
Cipta atau kongsi kandungan tentang pengalaman hidup dengan cara yang lebih kemanusiaan.​
Banyak kandungan di Internet terutamanya di media sosial yang berunsurkan kebaikkan, memberi faedah, mendidik, dan menonjolkan perbuatan serta akhlak yang mulia.​
Jika kita gemar membuat hantaran dan mencipta kandungan, kita boleh berkongsi cerita tentang usaha dan pencapaian kita dalam bidang pelajaran, contohnya. ​
Untuk orang yang jenis malu dan segan untuk berkongsi cerita kejayaan sendiri, apa kata reshare cerita kejayaan orang lain yang boleh dijadikan sumber inspirasi. Tapi, periksa kesahihannya dulu ya ;P​
Cipta kandungan tentang pengalaman hidup dengan cara yang lebih kemanusiaan.​
Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna. ​
Kempen ini menggunapakai pendekatan yang memfokus kepada empati, mencetus tajuk perbualan, dan keceriaan.​