Saluran rasmi Sebenarnya.my kini di Telegram. Sertai saluran tersebut sekarang dan dapatkan maklumat terkini berkaitan berita palsu termasuk berkaitan COVID-19 di pautan: https://t.me/sebenarnyamy Semua maklumat diperolehi daripada sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan.
20 April 2020
Maklumat Am
Hati-hati jangan sesekali klik sesuatu link dari email atau mesej yang mencurigakan.Semak dahulu, adakah link tersebut selamat untuk dilayari atau sebaliknya. Jom Klik Dengan Bijak.
11 April 2020
Maklumat Am
Waspada dan siasat setiap berita yang diterima sebelum kongsi. Bersama hentikan penularan berita palsu.
11 April 2020
Maklumat Am
Hentikan stigma/diskriminasi/tanggapan negatif terhadap pesakit yang dijangkiti COVID-19. Dapatkan rawatan segera sekirannya anda bergejala. Jangan risau atau takut tanggapan orang lain sekirannya anda dijangkiti. Hapuskan stigma, bersama kita putuskan rantaian jangkitan COVID-19 Sumber daripada : Kementerian Kesihatan Malaysia
11 April 2020
Maklumat Am
Walaupun kita tidak boleh beriadah di luar rumah tapi kita masih boleh lakukan aktiviti senaman di dalam rumah.Jom kita mulakan!
11 April 2020
Maklumat Am
Lima tahap jangkitan COVID-19 pada manusia. 88% pesakit di Malaysia berada tahap satu dan dua. Sumber daripada : Kementerian Kesihatan Malaysia
11 April 2020
Maklumat Am
Jangan sebarkan berita yang diragui kesahihannya. Layari portal Sebenarnya.my untuk mendapatkan kesahihan sesuatu berita. Tidak Pasti, Jangan Kongsi!



