BAZAR RAYA NADI FELDA JENGKA 21
Pada 14 Mac 2026, telah berlangsung secara serentak Bazar Raya @ Nadi 2026 bermula dari jam 8 Pagi sehingga 4 Petang. Pelbagai aktiviti ICT dan jualan dijalankan. Para usahawan juga dapat merebut peluang menjalankan aktiviti perniagaan produk mereka di sini. Saringan kesihatan juga turut dijalankan. Terima kasih daripada pihak kami NADI FELDA JENGKA 21 kepada semua pengunjung dan juga peniaga yang datang memeriahkan majlis kali ini. Semoga program seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.