mcmc
Maklumat Am

Waspada Pautan Palsu Berkenaan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) Sesi 2023

Menurut Kementerian Kewangan (MOF):

MOF menegaskan bahawa maklumat mengenai Bantuan Kanak-kanak (BKK) Sesi 2023 adalah palsu. Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan berita-berita sebegini.

Dalam pada itu, MyKasih Founation turut menasihatkan orang ramai jika menerima sebarang SMS/ WhatsApp/ Telegram yang serupa dengan pesanan yang tular, jangan klik pada pautan URL tersebut dan jangan kongsi maklumat peribadi dengan penghantar.

Pautan sebegini mungkin menggunakan perisian perosak pada telefon pengguna untuk mencuri maklumat perbadi.