Puan Rosmawati merupakan guru sekolah kafa Felda Jengka 21. Disamping berkerjaya sebagai seorang pendidik, beliau juga merupakan usahawan bakeri yang menerima tempahan pelbagai jenis kek dan kuih-muih. Dengan bantuan Pusat Internet Malaysia Felda Jengka 21 beliau telah berjaya mengembangkan perniagaan beliau ke tahap yang lebih tinggi berbanding dari sebelumnya. Beliau telah mempelajari cara-cara untuk membuat “Facebook Page” dan “Instagram” bagi mempromosikan produk-produk beliau. Kini beliau menerima banyak tempahan terutamanya daripada penduduk setempat.





